Friday 24 May 2013

Salam Perpisahan....


Assalamualaikum buat guru-guru Panitia Agama Islam (jQAF & GPI)..

 Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana berjaya juga kami menamatkan sesi latihan di Sekolah Kebangsaan Sri Serdang....Kejap je kan, pejam celik x2, tdo bngn makan..tgk2 dah tamat 1 tahun setengah sebagai guru GDL jQAF 2012 di SKSS.. Terima kasih sngt3 buat kakak2 & abg2 yg sudi memberi tunjuk ajar, bantu kami menjadi seorg pendidik n banyak beri nasihat buat kami bertiga.. Jasamua tidak akan kami lupakan.. Minta maaf banyak ats kesalahan yg kami pernah lakukan, maaf kerja2 yg di amanahkan mungkin lewat sikit dsiapkan, kdg2 mungkin buat ada yg berkecil hati ats sikap kami yg secara sedar ataupun tidak..Kami bertiga sayang semuanya.. Jangan lupa kami tau & doakan kami lulus cemerlang dalam exam nanti.. (Ustazah Norhayati,ustzh Normayani, ustzh Syarifah,ustzh Siti Siharina, ustzh Sofwatin, ustzh Fatimahtuzzahrah,ustzh Hapizah,ustzh Rosliza, Ust Ahmad Sham,ustzh Nurul Huda, ustzh Engishah,ustzh Wan Faliza,Ustzh Rashidah,ust Wan, Ust Solvee, Ustzh Nuril Ain & Ustzh Farihan).













 



Wednesday 17 April 2013

Terima kasih diucapkan....

Alhamdulillah, akhirnya selesai juga penyeliaan bersama  (PR2) petang tadi... Terima kasih diucapkan buat pensyarah pembimbing yang sporting dan yang banyak memberi tunjuk ajar sepanjang praktikum ni (Ustaz Ahmad Amir Khan Shah).Buat guru pembimbing yang ceria selalu Ustazah Normayani dan Ustazah Fatimatuzz Zahra, jasa kalian tidak akan saya lupakan.. Beruntung dapat pensyarah dan guru2 pembimbing ni... Tidak dilupakan buat Allahyarham Ustaz Basir yang sempat menyelia 2 kali sebelum Allah menjemput beliau..Moga ruhnya di tempatkan dikalangan orang-orang soleh, Amin!! Al-fatihah...


Ceria sokmo.....


Friday 12 April 2013

Soutu Thoiyyibin

Artikel dakwah agama iaitu 'Soutu Thoiyyibin' ini diedarkan kepada semua guru dan setiap kelas pada setiap hari jumaat. Ini adalah projek guru-guru praktikum KPLI-jQAF 2012 dan DPLI jQAF 2013 yang bermula sejak pertengahan bulan Mei 2012 sehingga sekarang.. Mudah-mudahan dengan adanya edaran ini dapat menambah dan memperkukuhkan lagi ilmu pengetahuan kita..Amin!







Thursday 11 April 2013

Perjuangan masih diteruskan!!

Satu minggu lagi berbaki sebelum tamatnya perjuangan praktikum j-QAF 2012. Tahniah diucapkan buat ustazah Zainina dan Ustaz Hanis kerana telah selesai penyeliaan bersama (PR2).. Tunggu markah je lah ye..

Ni antara gambar2 sewaktu PdP dalam minggu ini:



Tahniah diucapkan!!

Alhamdulillah dan tahniah diucapkan buat ustazah Zainina Haseena kerana berjaya dicalonkan sebagai rentas cemerlang praktikum j-QAF 2013.. Buat yang terbaik ye, kami mendoakan mudah2n ustazah memperolehi kejayaan nanti..