Wednesday 17 April 2013

Terima kasih diucapkan....

Alhamdulillah, akhirnya selesai juga penyeliaan bersama  (PR2) petang tadi... Terima kasih diucapkan buat pensyarah pembimbing yang sporting dan yang banyak memberi tunjuk ajar sepanjang praktikum ni (Ustaz Ahmad Amir Khan Shah).Buat guru pembimbing yang ceria selalu Ustazah Normayani dan Ustazah Fatimatuzz Zahra, jasa kalian tidak akan saya lupakan.. Beruntung dapat pensyarah dan guru2 pembimbing ni... Tidak dilupakan buat Allahyarham Ustaz Basir yang sempat menyelia 2 kali sebelum Allah menjemput beliau..Moga ruhnya di tempatkan dikalangan orang-orang soleh, Amin!! Al-fatihah...


Ceria sokmo.....


Friday 12 April 2013

Soutu Thoiyyibin

Artikel dakwah agama iaitu 'Soutu Thoiyyibin' ini diedarkan kepada semua guru dan setiap kelas pada setiap hari jumaat. Ini adalah projek guru-guru praktikum KPLI-jQAF 2012 dan DPLI jQAF 2013 yang bermula sejak pertengahan bulan Mei 2012 sehingga sekarang.. Mudah-mudahan dengan adanya edaran ini dapat menambah dan memperkukuhkan lagi ilmu pengetahuan kita..Amin!







Thursday 11 April 2013

Perjuangan masih diteruskan!!

Satu minggu lagi berbaki sebelum tamatnya perjuangan praktikum j-QAF 2012. Tahniah diucapkan buat ustazah Zainina dan Ustaz Hanis kerana telah selesai penyeliaan bersama (PR2).. Tunggu markah je lah ye..

Ni antara gambar2 sewaktu PdP dalam minggu ini:



Tahniah diucapkan!!

Alhamdulillah dan tahniah diucapkan buat ustazah Zainina Haseena kerana berjaya dicalonkan sebagai rentas cemerlang praktikum j-QAF 2013.. Buat yang terbaik ye, kami mendoakan mudah2n ustazah memperolehi kejayaan nanti..



Misi mencantikkan bilik j-QAF

Projek Praktikum yang belum siap...







Ustazah Sofwatin sedang tekun mewarna...

Ustaz Hanis menunjukkan bakat menekapnya.



Keesokannya....Meneruskan kerja 'mural'





Hari terakhir menyiapkan 'mural' di bilik jQAF, sebelum  pensyarah pembimbing datang memantau...





Ustaz Solvee juga membantu menghias bilik jQAF...









Alhamdulillah, akhirnya siap juga 'mural' ni.....